WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Nak turun berat tapi asyik mengidam? | W171
12 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2026, hari Selasa – Seorang peserta dari komuniti setempat telah menyertai Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri bertajuk “Nak Turun Berat Tapi Asyik Mengidam? | W171 : Kenali Punca dan Cara Mengawalnya” yang diadakan secara dalam talian di NADI Bengoh. Webinar tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dan disiarkan melalui Google Meet, Facebook Live serta YouTube Live Studio Sihat.
Webinar ini menampilkan Pn. Nurul ‘Aqilah binti Hasan, Pegawai Dietetik dari KK Skudai Baru, sebagai penceramah. Sesi perkongsian memberi fokus kepada isu craving atau keinginan untuk mengambil makanan tertentu, khususnya dalam kalangan individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang sihat.
Melalui webinar ini, peserta didedahkan kepada punca-punca berlakunya keinginan makan secara berlebihan serta pendekatan praktikal yang boleh diamalkan untuk mengawalnya. Perkongsian turut menekankan kepentingan mengenal pasti pencetus craving, membina strategi pemakanan yang sesuai serta mengekalkan konsistensi dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Penyertaan peserta di NADI Bengoh dalam webinar ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan pemakanan yang betul serta membantu peserta mengawal keinginan terhadap makanan secara lebih bijak. NADI Bengoh juga komited untuk terus menggalakkan komuniti menyertai program berkaitan kesejahteraan kendiri bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap amalan hidup sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: